Selasa, 09 Agustus 2011

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur


    Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

    Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

    Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

    Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

    Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Buatlah Keputusan Dlm Tenang...


        Jika kita mahukan sesuatu, jangan terlalu ghairah. Kalau kita keterlaluan hendakkan sesuatu, nanti kita akan sanggup buat perkara yang tidak betul. Itulah yang berlaku. Yang pertama, tidak sabar. Yang kedua, hendak sangat. Kerana hendak sangat, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Bila kita melakukan sesuatu tanpa pertimbangan akal yang normal atau dalam keadaan waras, kita munkin akan mengundang malapetaka. Dan akhirnya akan menunjukkan kebodohan diri sendiri. Ambillah sedikit masa untuk kita berfikir dan buatlah keputusan dalam kita tenang. Kebarangkalian kita membuat keputusan yang salah adalah sangat besar semasa kita dalam keadaan tertekan. Begitu juga bila kita membuat keputusan ketika berada dalam keadaan terlalu banyak ketawa.

Carilah Teman Sebagai Cermin Diri

Selain cermin mati di rumah kita, lita perlukan cermin hidup utk melihat wajah kita, utk melihat siapa kita, utk menilai siapa kita. Cermin hidup ialah insan yg kita yakini, yang boleh memberikan jawapan dan gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yg sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkah cermin mati baritahu kita? Jawapannya tidak.

Seba itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi.

Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup kita ini seorang yang jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.